Tampil sihat, muda remaja dengan CCPP

Tampil sihat, muda remaja dengan CCPP
Cocoa Collagen Power Plus

Sunday, June 2, 2013

Doa untuk Angah

Dipetik dari wall En.Khairulnizam Mohd Nor.

As salam Day 11 (dr tarikh doc sahkan kanser angah (MUHAMMAD AMIN FAHMI) tdk blh diubati).
Kami smpi di ppum kul 11am.
Angah sakit panjang dr kul 1am sampai 8am..sakit sangat sampai usus kat luar perut dia menitik darah..
Ya allah mohon dipermudahkan segalanya. Angah baring penat..tiada slera makan..badan dah kurus..
Acik doakan saya ya...amin


Sama2 laa kita mendoakan Angah, semoga dipermudahkan segala urusannya, diringankan beban kesakitan yang ditanggungnya...
Diberi kekuatan pada anak kecil ini dan ibu bapanya untuk terus tabah dan sabar dengan ujian dariNya....


Untuk mengikuti perkembangan Angah, boleh lawat FB ibu dan ayah Angah


http://www.facebook.com/khairulnizammohdnoor
http://www.facebook.com/sitiashirah.zakaria

Saturday, June 1, 2013

angah day 9

Ya Allah,sggh tabah dan kuat semangat anak kecil ini...bantulah dia Ya Allah...

Dipetik dari wall ayah Angah 1 jun 2013...

As salam
Day 9 (dr tarikh doc sahkan kanser angah tdk blh diubati).

Tidurlah wahai anak manjaku...

Angah sakit lagi pukul 4.30am tadi..

"Mama...ibu...tolong adik...adik tak lama dah ni....subhanallah...sakit...aduhh" begitulah angah cakap.

Sahabatku sekalian maaf ya tak dapat ambil photo angah senyum..

ALLAH MAHA AGUNG. YA ALLAH RINGANKANLAH KESAKITAN ANAK HAMBA MU INI....AMINNN""

Friday, May 31, 2013

Sama2 lah kita berdoa untuk Angah(MUHAMMAD AMIN FAHMI B SITI ASHIRAH

Sempena keberkatan dan kemuliaan hari Jumaat, penghulu segala hari, marilah kita sama2 berdoa, menadah tangan memohon dariNya, agar dikurangkan beban kesakitan yang dirasai Angah dan dengan izinNya, diberi kesembuhan kepada Angah.

Dipetik dari wall ayah Angah, En.Khairulnizam Mohd Noor pagi ini(31 Mei 2013).
As salam
Day 8 (dr tarikh doc sahkan kanser angah tdk blh diubati).
4am..tiba2.. Angah sebut allah...allah...allah..mama sakitnya..pedihnya...aduh..aduh...mama dah tak tertahan ni...arrghhh..arghhh..mama kenapa dgn konek adik ni..nangiss...nangis meraung...
Sakit bird angah datang lagi...kanser ni ganas betul...
Papa tgkkan bird dia, mama jaga depan, nenek dia sapu air kat kepala..
Sempat angah suruh kami ngaji..
Angah minta sapu kain tuala basah kat muka...panas katanya...
Sakit..nangis.. dia sakit sangat sampai 1 tahap kami terkedu x tau nak buat apa..air bacaan al quran, morfin, minyak sapu kami guna..
Kul 5.30am baru angah ok....dia penat..tanya papa mana mainan keta adik? Angah ngantuk...nak tidur..
Alhamdulillah Lega...syukur..smoga sepanjang hari ni angah sihat hendaknya.
Tengok badan angah dah ada tompok merah..tanda darah platlet mula nak hilang...baru top up rabu lepas..emmm cepat plak kanser ni makan...doa semoga sempat gi hospital isnin / selasa depan..sabtu ahad ni doktor pakar x de...yg ade on call je...
Alhamdulillah..angah leh rest.... ya allah kurniakanlah apa yg terbaik untuk anak hambamu ini..hilangkanlah sakitnya...kami x tertahan tengok dengar angah nangis sakit...aminnn..




Semoga Allah permudahkan segalanya....Amin...


Untuk mengikuti perkembangan Angah, boleh lawat FB ibu dan ayah Angah


http://www.facebook.com/khairulnizammohdnoor
http://www.facebook.com/sitiashirah.zakaria

Saturday, April 6, 2013

Aura white pure l-glutathione

Miliki kulit yang gebu, cerah dan mulus dengan
AURAWHITE PURE L-GLUTATHIONE + HYDROLIZED COLLAGEN WITH VITAMIN C & HYALURONIC ACID

HARGA SAYA : RM150

Nutrisi untuk kulit, kuku, rambut, , tulang, sendi dan otot.

Berminat email saya awakbelisayajual@gmail.com atau sms/whatsapp 011-11516925

Tuesday, April 2, 2013

Virgin coconut oil (VCO)


KANDUNGAN PER BOTOL : 60 KAPSUL

HARGA SAYA : RM 39.90
 
 * TIDAK TERMASUK KOS POS YE DEAR*
 
Apa itu VCO?
Ubat ke?
Tidak, ia adalah food supplement product

Apa itu food supplement?
Suplemen makanan merupakan makanan pendamping atau makanan penambah nutrisi, namun harus diingat, ianya bukan pengganti makanan ruji.
 
VCO adalah virgin coconut oil atau minyak kelapa dara 
adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya.Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya.


Status Halal : Tidak perlu diragui
VCO from Catalyst Brand ni berasal daripada company Catalyst Nutraceutical (M) Sdn.Bhd di Malaysia & it based from nature. 100% bumiputera dan tak perlu ragu-ragu.

Cara Pengambilan/How to consume

  • 2 kali (2 biji kapsul setiap hari) boleh dimakan sebelum ( UTK ORG YG TIDAK GASTRIK ) /selepas makan ( UTK ORG YG GASTRIK ) .
  • Juga boleh diambil 2 biji kapsul sekaligus.
  • Seelok2nya ambil bersama air suam/air kosong 
 
Cara pesanan/how to order?
Boleh sms/whatsapp : 011 -11516925 atau
Email/gtalk : noorazie@gmail.com
 

Tuesday, January 29, 2013

Salam Tahun Baru 2013

As salam semua, hari ni dah pun sampai penghujung bulan pertama untuk tahun 2013...
Semoga segala-galanya berjalan lancar untuk tahun ni.

Apa ekk aku nak tulis, x de idea laa nak tulis ape, kepala otak tepu utk keluarkan idea.

Untuk bulan Januari 2013 ni, aku sibuk memikirkan anak2 aku yg x nak pegi sekolah sebab kena kacau ngan kawan, pastu demam yang kejap on kejap off..arini pun diaorg demam....risau sampai nak buat keje pun 50/50..tapi dalam pada risau-risau pun sempat lagi pegi Genting ikut company husband punya trip...alhamdulillah time tu anak2 sihat...hehehehhehe

Harap-harap masuk bulan Februari ni anak2 aku dapat g sekolah macam anak2 orang lain.

Penatnya berdepan ngan karenah anak2 bila diaorang dah start sekolah...

Ibu-ibu yang seangkatan ngan saya, boleh share pengalaman pertama kali anak2 anda g sekolah?

Semoga apa yang kita rancangkan tahun ni akan tercapai. In shaa Allah.

Be happy, smile always!!!

Monday, August 15, 2011

Cantik..

Cantik....apa itu definisi cantik?....cantik adalah suatu yang sangat abstrak dan subjektif.
Tafsiran cantik bagi setiap orang mungkin berbeza, pada mata saya mungkin aktres bollywood seperti Kajol itu cantik, tapi pada mata anda mungkin Aishwarya Rai cantik.

Cantik juga tidak tertumpu pada anggota badan manusia sahaja, mungkin seseorang itu ditafsirkan cantik kerana matanya, mungkin juga ada yang mengatakan seseorang itu cantik kerana tutur kata dan budi bahasanya, mungkin juga kerana bentuk mukanya, bentuk badannya dan sebagainya.


Dalam dunia hari ini, rata-rata terutamanya wanita sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi cantik, mengorbankan wang ringgit, tidak kira bagi yang bujang atau yang sudah berkahwin. Ada juga rumahtangga yang goyang kerana isu 'cantik'. Mungkin bagi suami isteri sudah tidak cantik dan kecantikan yang dijumpai di luar rumah lebih menawan hati si suami, sedangkan kecantikan luaran itu adalah sesuatu yang tidak kekal lama, hanya pinjaman, dengan sekelip mata sahaja apa yang dipinjamkan itu boleh hilang@ditarik-balik.

Cantik itu bukan sekadar luaran, bukan pada wajah tapi cantik itu pada hati, jiwa yang dicerminkan melalui akhlak, penampilan yang berteraskan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Cantik itu biarlah bertempat, biar kena pada tempat yang diharuskan Allah, tidak bermakna di dalam rumah kita tidak perlu cantik atau berpakaian cantik sedangkan Allah juga menyukai kecantikan, inikan pula suami kita yang selalu suka melihat sesuatu yang cantik. Kita harus cantik dan berhias pada yang hak.

Perbaikilah akhlak diri sekaligus, anda akan kelihatan cantik pada pandangan Allah dan pandangan manusia.
Bersyukur dan berpuas hatilah dengan kurniaan Allah kepada kita, dan gunakan ia sebaik-baiknya hanya keranaNya.

Tiada yang lebih indah pada ibu bapa selain anak-anak yang soleh solehah, tiada yang lebih bahagia pada seorang suami selain seorang isteri yang solehah dan tiada yang lebih bernilai pada Allah selain hambaNya yang soleh solehah.

Wallahu'alam....
Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan saya.

Monday, January 3, 2011

Pentingnya Mereka2 yang berada disekeliling kita...

Salam,

Sudah agak lama x menulis kat blog ni. Dek kerana kekangan masa kerana terlalu sibuk dengan kerja dan keluarga, x sempat nak menitipkan sesuatu di blog nih.

Tiba2 satu perasaan x puas hati timbul apabila mendengar perkhabaran dari rakan sekerja. Untuk menyuarakan rasa x puashati, aku titipkan ungkapan tu kat Dinding facebook, ada laa feedback dari kawan2 dan keluarga. Salah satu darinya adalah dari adik aku,  katanya "sabar2... dle rmai2 org hok epu knal, kak lah la org plng sbr skali..." . Sebaik saja membaca mesej dari adik aku, hati aku rasa tenang, perasaan tak puashati hilang seketika. Lihatlah, betapa besarnya effect ungkapan kata2 semangat/motivasi dari orang2 yang berada disekeliling kita, x kira laa sama ada kite kenal mereka secara virtual/nyata, terutama sekali kaum keluarga kita.


So, apa yang aku belajar hari ini, jangan abaikan orang2 yg berada disekeliling kita, kerana apabila kita dilanda masalah atau kemurungan emosi, sedikit kata2 semangat atau motivasi dari mereka sudah cukup untuk membolehkan kite terus hidup dalam keceriaandan penuh semangat serta tabah menghadapi hari2 mendatang yang penuh dengan ujian, dugaan dan cabaran....


Wallahu'alam.....

Thursday, October 28, 2010

Islam itu mudah

“Alamak, Telekung Tiada! Bagaimana Hendak Solat?”

Zulaikha adalah seorang Pengawas dan juga ahli BADAR sekolahnya.  Beliau akhir-akhir ini berasa rungsing dengan keadaan para pelajar muslimah yang bising di dalam surau.  Keadaan bising itu mengganggu kekhusyukan dan ketenangan pelajar-pelajar muslimah lain yang sedang bersolat. 
Mengikut peraturan sekolah, para pelajar dikehendaki untuk bersolat fardhu Zuhur secara berjemaah sebelum dibenarkan pulang.  Kebisingan bukan berpunca dari pelajar-pelajar yang uzur, tidak boleh solat.  Kerana mereka yang uzur telah ditempatkan ke kelas khas untuk sesi tadzkirah sementara menunggu pelajar-pelajar yang bersolat jemaah fardhu Zuhur selesai.  Masalah bising di surau adalah berpunca dari kekurangan telekung.  Zaleha telah mengadu hal ini kepada beberapa orang ustadzah, tetapi belum ada tindakan yang dilakukan.
Zulaikha membuat keputusan untuk mengadukan hal ini kepada Ketua Guru Penasihat BADAR, iaitu Ustadz Faisal.  Beliau mengajak Raudhah dan Aishah menemaninya.  Mereka bertiga telah membuat temujanji dengan Ustadz Faisal selepas waktu persekolahan untuk membincangkan hal itu.
“Assalamu’alaikum Ustadz” sapa Zulaikha, Raudhah dan Aishah kepada Ustadz Faisal.
“Wa’alaikumussalam warahmatullah” jawab Ustadz Faisal.
“Ustadz, kami pelajar-pelajar muslimah ada masalah.”  Zulaikha memulakan bicara.
“Masalah apa tu?  Besar ke? Kecil?”  Tanya Ustadz Faisal.
“Tak tahulah ustadz samada ia masalah besar atau kecil.  Tapi mungkin pada ustadz masalah ni kecillah kot…”  respon Zulaikha.
“OK, takpe.  Awak ceritakan pada saya.  Saya dengar…”  balas Ustadz Faisal sambil membetulkan posisi duduknya di atas kerusi dan menumpukan perhatian pada apa yang bakal dikatakan oleh anak muridnya.
“Begini.  Surau bising waktu solat fardhu Zuhur berjemaah.  Sebab ramai yang tidak bawa telekung, jadi terpaksa tunggu giliran untuk bersolat.  Sambil menunggu tu, ada kalangan pelajar yang berbual-bual, malah ketawa pun ada…”  Zaleha memberikan penerangan.
“Kami nak solat pun tak khusyuk…!”  Raudhah mencelah, marah dengan keadaan yang terpaksa mereka hadapi.
“Betul tu Ustadz!”  Aishah mengiyakan apa yang dikatakan Raudhah dan Zulaikha.
Ustadz Faisal yang tadinya serius mendengar penjelasan Zulaikha, tiba-tiba menguntum senyum dan riak wajah beliau seakan berlalunya kelam mendung berganti cerah.
“Oh sebab tu aje.  Sebab telekung tak cukup ye?  Bising ye?”  Ustadz Faisal tenang.
Zulaikha, Raudhah dan Aishah kehairanan.  Mereka berpandangan sesama mereka.  Kening kanan Aishah terangkat selama 3 saat, sebijik lagaknya macam seorang artis wanita tempatan yang terkenal dengan suara tingginya, sedang memikirkan sesuatu.  Mereka terkejut.  Seakan masalah itu di sisi Ustadz Faisal hanyalah habuk di atas meja yang mudah untuk dilap dan dihilangkan.
“Saya nak tanya awak bertiga.  Awak sekarang ni pakai baju tutup aurat tak?”  tanya Ustadz Faisal.
“Eh, err…tentulah Ustadz.”  Jawab Raudhah 95% yakin sambil melihat atas bawah pakaiannya dan pakaian rakan-rakannya.
“Confirm awak tutup aurat!  Malah bukan awak bertiga sahaja.  Malah kesemua pelajar-pelajar di sekolah ini menutup aurat dengan sempurna.  Kita yang bersekolah agama ni untung sebab sudah dididik bertudung labuh, berstokin, pakaian tak nipis dan saya lihat awak bertiga ni siap berbutang di pergelangan tangan lagi hah!  Tahniah, comel dah!”  ujar Ustadz Faisal.
Zulaikha, Raudhah dan Aishah tersenyum.  Mereka bangga kerana diberikan pujian dalam hal berpakaian menutup aurat.  Dalam masa yang sama terbit rasa syukur di dalam hati mereka kerana selama ini mereka bersekolah di sekolah menengah agama dan mendapat tarbiyyah yang menyeluruh dari para guru dan pentadbiran sekolah.
“Boleh tak awak pakai baju yang sama ni pergi solat, tak payah cari telekung?”  tanya Ustadz Faisal pula.
“Err…bolehlah Ustadz.  Tapi……..” Zulaikha cuba menyambung, tetapi dipotong percakapannya itu oleh Ustadz Faisal.
“Saya tahu…awak tak biasa kan?”  Ustadz Faisal dengan yakin meneka.
“Yelah ustadz.  Mana dibuat orang…”  Raudhah mengerut dahi sambil memuncung panjang bibirnya.  
“ISLAM ni mudah.  Yang disuruh agama hanyalah menutup aurat.  Memang bagus jika dapat memakai pakaian berwarna putih seperti telekung itu.  Tapi, jangan pula disusah-susahkan hal yang mudah ini.  Sampaikan surau jadi bising kerana terpaksa tunggu giliran ingin pakai telekung.”  Ustadz Faisal memberikan responnya.
“Jika awak ke luar negara, mana ada orang pakai telekung ni.  Yang pakai telekung ni orang sekitar sini sahaja.  Saya pernah berombongan ke luar negara.  Wanita-wanita di sana semuanya memandang aneh kepada ahli rombongan wanita yang memakai serba putih telekung ketika mendirikan solat.  Sedangkan wanita-wanita di sana, hanya memakai pakaian harian mereka dan bertudung.  Sudah tentu menutup aurat.”  Sambung Ustadz Faisal lagi.
“Tapi, kalau diorang datang sini, tentu diorang pulak akan dipandang pelik, kan Ustadz.  Sebab solat pakai baju biasa”  Aishah mencelah sambil tersengih.
“Ha’ah kan…”  Zulaikha dan Raudhah mengiyakan. 
Mereka tertawa kecil sebentar.  Ustadz Faisal sekadar tersenyum, antara ketawa dan tidak.
“Beginilah…saya tahu memang sukar untuk kita melakukan sesuatu yang di luar dari kebiasaan kita.  Tapi, selagi ia dalam lingkungan syara’, tiada masalah untuk kita melakukannya.  Malah, ini boleh memudahkan kamu semua.  Memang mula-mula tu akan rasa pelik.  Tapi, apabila masyarakat dah mula faham bahawa ISLAM itu mudah, nah mereka akan mula sedar.  Saya cukup rasa sedih, sebilangan masyarakat kadang-kadang apabila berhenti di Hentian Lebuhraya terpaksa menangguhkan solat fardhu mereka hanya kerana telekung tiada, telekung yang disediakan berbau busuk atau kotor dan sebagainya.  Sedangkan solat mesti disegerakan.”  Jelas Ustadz Faisal.
“Sebab itu kita kena selalu berpakaian menutup aurat.  Sebilangan wanita yang memerlukan telekung ini sebenarnya mereka sedar pakaian mereka memang belum menutup aurat dengan sempurna.  Jadi takut untuk mengerjakan solat fardhu, walaupun mereka bertudung.  Jika mereka berpakaian menutup aurat dengan sempurna seperti yang awak bertiga pakai ini, nescaya mereka akan berasa yakin untuk mengerjakan solat dengan pakaian harian itu.”  Ustadz Faisal meneruskan bicara.
“Awak tengok para muslimin.  Mereka dengan baju dan seluar itu pergi sekolah, pergi kerja, naik kenderaan, dan pakaian itu juga mereka mengerjakan solat.  Bukankah mudah?  Tak perlu cari pakaian istimewa seperti wanita terpaksa mencari telekung.  Wanita pun boleh buat macam tu.  Dengan pakaian yang sama boleh kalian mengerjakan solat.  Dengan syarat:  Tutup aurat dengan sempurna seperti di dalam solat setiap ketika.  Dan itulah sebenarnya tuntutan agama.”  Tambahnya lagi.
“Alhamdulillah Ustadz, kami faham.  Tapi, macam mana ye kami nak mulakan?  Seganlah…takut pun ada”  Tanya Zulaikha.
“OK, awak pergi jumpa Ustadzah Nabilah atau Ustadzah Sofea, ceritakan apa yang kita bincangkan tadi.  Saya faham untuk awak mulakan, tentulah awak gementar dan takut penerimaan kawan-kawan dan adik-adik awak.  Awak kumpulkan 5 atau 10 orang pelajar Tingkatan 5 bersama Ustadzah Nabilah atau Ustadzah Sofea, awak mulakan esok.  Esok merupakan ice-breaking.  Mudah-mudahan apabila mereka dah nampak awak sebagai kakak-kakak senior buat, ditambah pula dengan Ustadzah pun buat juga, nescaya mereka akan dapat terima.  Dan insyaALLAH, lusa atau tulat awak khabarkan kepada semua pelajar muslimah agar takperlu tunggu telekung.  Ambil wudhu’, dengan pakaian sekolah tu awak semua angkat takbir serentak selepas Imam mengangkat takbiratulihram.  Amacam, OK?”  ujar Ustadz Faisal, disusuli helaan nafas dan senyuman memberikan harapan.
Zulaikha, Raudhah dan Aishah tersenyum dengan ilmu baru ini.  Sebenarnya ia bukan ilmu baru, cuma perbuatan baru yang bakal mengaplikasikan apa yang mereka pernah dengar, iaitu:  ISLAM itu mudah.
Keesokannya, Zulaikha, Raudhah, Aishah dan beberapa orang pelajar Tingkatan 5 merealisasikan apa yang dicadangkan oleh Ustadz Faisal.  Mereka menjadi yakin apabila Ustadzah Nabilah dan Ustadzah Sofea turut bersama mereka dalam sesi ice-breaking itu.  Ya, mereka sedang memecahkan paradigm orang Melayu Malaysia yang mengatakan solat mesti bertelekung.  Bukan mudah.  Tapi, Alhamdulillah mereka telah Berjaya.
Beberapa hari dan minggu selepas itu masalah bising sudah dapat dikurangkan apabila hampir semua pelajar muslimah dari Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 5, mereka bersolat serentak dengan jemaah lelaki.  Tak perlu cari telekung.  Tak perlu tunggu telekung.  Mudah!
Shahmuzir Nordzahir
28 Oktober 2010
www.muzir.wordpress.com


Dipetik dari http://muzir.wordpress.com/2010/10/28/%E2%80%9Calamak-telekung-tiada-bagaimana-hendak-solat%E2%80%9D/

[Bedah Lagu] Sesungguhnya - Raihan Menagih cinta dan rindu pada-Nya

Salam,

Sila lawat address dibawah untuk huraian lanjut :
http://komuniti.iluvislam.com/index.php?%2Ftopic%2F24999-bedah-lagu-sesungguhnya-raihan%2F

Wednesday, October 27, 2010

MISTERI SURAH AL-FATIHAH

Dipetik dari Facebook by Siti Nur Izzah Saidin on Monday, October 18, 2010 at 12:53am
 
AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:Melepaskan rasa sakit dalaman
AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.Kepada orang berpenyakit mental
AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.Sakit yang keterlaluan
AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu

SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADAALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWARYANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).

AWET MUDA (dalaman dan luaran)Zikir BacaYa Badiyah -1 kaliYa Nur - 1 kaliYa Hadi - 1 kaliYa Allah – 3 kaliBaca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38)Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman

Thursday, October 7, 2010

Untuk dikongsi bersama para Isteri....

Artikel ni saya petik dari salah satu sumber dari Internet, dah lupa kat mana...

Amalan untuk menjaga keperempuanan kita supaya sentiasa jadi macam 'abqaro'(perawan yg sentiasa menjadi perawan)...


Ayat ni untuk jaga kecantikan dalaman, elok untuk wanita yang baru lepas berkahiwn, dan elok juga diamalkan setiap hari untuk wanita yg sudah berkahwin..

Cara amalan:
1.Lepas Isya', ambik segelas air, baca surah Al-Fatihah sekali, ayatul qursi sekali da surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
2. Tiup dalam air dan minum
3. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri kita untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna ayat surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 :
[35] Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
[36] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
[37] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.
[38] (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

Wallahua'lam....

Selamat mencuba.

Thursday, September 23, 2010

Kadang2 kita lupa....

Kadang2 kite terlupa jadi isteri bila kite jadi ibu, Kadang2 kite terlupa jadi kakak kepada adik2 kite bila kite jadi seorang isteri,Kadang2 kite terlupa bahawa kite masih lagi anak kepada seorang ibu, mungkin semua kealpaan itu yang membuat kite terlupa siapa kite, kerana kita lalai@lupa menjaga hubungan kite dengan DIA dan sesama manusia.....

Renung2kan....

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Berpuasa semua!!!

Kawan-kawan, ramadhan menjelma lagi...

Selamat menjalani ibadah puasa disamping menjalankan rutin harian.

Semoga makin bertenaga dengan pengambilan CCPP di waktu sahur!!!!!

Thursday, July 22, 2010

Stoo Tey Cafe(STC) Info

STC.....Idaman Setiap Lelaki. Pehh... POWER!

Apakah khasiat dan kandungan bahan2 di dalam STC???
1.Tribulus Teresteris - Ia terkenal digunakan sebagai herba untuk meningkatkan libido dan kesuburan. Ia membantu melancarkan peredaran darah pada alat kelamin, mengurangkan tekanan darah dan mengurangkan tahap kolestrol.

2. Horney Goat Weed - Membantu meningkatkan kesihatan dan gaya hidup. Membantu meningkatkan tenaga, mengimbangi hormon dan melancarkan peredaran darah
3. Bee Pollen - Mengandungi unsur antibiotik, membantu komposisi darah, merawat anemia, meningkatkan penghasilan antibodi badan untuk menentang barah.

4. Madu Lebah - Digunakan untuk merawat hampir semua jenis penyakit. Merawat ketidaksuburan, mencegah serangan sakit jantung, mengurangkan tahap kolesterol dalam darah dan meningkatkan tahap ketahanan badan.

5. Saw Palmetto - Mengurangkan simptom pembesaran kelenjar prostat (BPH) seperti kerap membuang air kecil terutama sekali diwaktu malam dan meningkatkan kualiti hidup secara umum.
6. Ginkgo Biloba - Meningkatkan daya ingatan dan penumpuan. Melancarkan peredaran darah dan menghilangkan tekanan. Mengandungi unsur anti-vertigo dan anti-depresisive.
7. Astragalus - Meningkatkan sistem ketahanan badan terhadap penyakit. Mengandungi unsur anti-oksida, anti-bakteria, anti-radang dan diuretic(membantu membuang cecair dari badan).
8. Ashwagandha - Mengandungi unsur sedatif, anti-oksida, ia juga digunakan untuk keupayaan seks disamping ia merupakan adaptogen dimana ia meningkatkan ketahanan badan terhadap tekanan dan keletihan.
9. Rehmannia - Dikenali juga sebagai “Chinese Foxglove”. Ia digunakan sebagai herba perubatan di Asia untuk merawat anemia, pening dan sembelit. Ia mengandungi vitamin A, B, C dan D.
10. Tongkat Ali - Meningkatkan hormon testosterone dalam badan disamping meningkatkan saiz otot, kekuatan dan keupayaan. Ia juga dapat melawan keletihan.
11. Maca - Meningkatkan libido dan kualiti semen, mengoptimumkan paras nutrien yang digunakan oleh sistem endoktrin.
12. Ginseng - Meningkatkan libido dan capulatory performance. Kandungan ginsenoidnya boleh membantu ereksi zakar. Ia juga meningkatkan ketahanan badan terhadap tekanan dan mengurangkan keletihan.

Cara Pengambilan 
1. Stoo Tey Cafe di bancuh dengan air panas/air suam supaya serbuk dan kandungannya benar-benar larut.
2. 1 sachet sehari sudah memadai tuk keperluan harian

Feedback dari pengguna STC
1. tidak mudah letih, cergas dan bertenaga sepanjang hari
Note :  Kesan yang diterima adalah berbeza mengikut individu

Tuesday, July 20, 2010

Shah Jehan,Mumtaz..Laila,Majnun.....CCPP,STC

Salam....
sibuk betul sejak dua menjak ni....x sempat nak update blog.....
Setiap benda diciptakan berpasangan, lelaki ngan pompuan, bak pasangan kekasih Shah Jehan ngan Mumtaz, Laila ngan Majnun....
So, CCPP plak ngan STC(stoo tey cafe).....STC ni produk tuk lelaki, sama mcm CCPP.... nanti saya update kan info pasal STC

Thursday, July 8, 2010

Semanis Kurma...Terlalu manjakan suami....best

Salam....best semalam tgk rancangan bual bicara 'Semanis Kurma' ngan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood. Rancangan yg menarik, mengulas mengenai sikap terlalu manjakan suami, ada satu cite dari Pn.Suhana pakar motivasi yg dijemput, ada kes isteri terlalu manjakan suami sampai seluar dalam pun wife pakaikan time nak g keje....wah, memang manja gilr laki dia....tapi tup2 suami nak kawin lagi satu..walhal isteri punya laa baik, siapkan makan pakai, semua terjaga, layanan hotel 5 star....tp suami masih nak kawin lain, x tahu menghargai kasih sayang yg isteri curahkan dan apa yg isteri buat untuknya...


Wallahua'lam.....

Yahuu...CCPP dah sampai

Salam....seronoknya semalam CCPP yang aku order dah sampai.....balik je umah semalam terus buat CCPP. Best rasanya sebab dah dekat seminggu x minum CCPP.